kerana diriku sndiri jga tdk mmpu untk memiliki apa yg aq mhu dgn sndiri nya...
lbh baeq kta meminta drpd ALLAH S.W.T yg Maha ESA.......
Doa hendaklah dibaca dengan perasaan penuh rendah diri di hadapan Allah SWT.
SABAN hari umat Islam di seluruh pelosok dunia memanjatkan doa kepada
Allah SWT dengan harapan segala permohonan diperkenankan-Nya. Namun
tidak semua doa daripada seseorang insan itu termakbul. Lantaran itu,
sesetengah pihak tertanya-tanya kenapa doanya itu tidak berhasil
sedangkan Allah telah berfirman:
Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Ghaafir: 60)
Hakikatnya, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil dan Dia sentiasa
mengotakan janji-janji-Nya. Namun hamba-hamba-Nya adakalanya gagal untuk
memahami hikmah di sebalik segala keputusan Allah. Kita merasakan apa
yang dipinta daripada-Nya itu merupakan yang terbaik untuk diri kita
sedangkan Allah lebih mengetahui segala-galanya dan setiap keputusan-Nya
itu memiliki hikmah yang adakalanya tidak disedari oleh seseorang
insan.